1. Yang mana satu daripada yang berikut adalah merupakan suatu contoh bagi pernyataan misi?
A. Mempelbagaikan barisan produk untuk menarik lebih ramai pelanggan.
B. Membangun dan menjual peralatan elektrik yang berkualiti di seluruh dunia.
C. Membayar gaji yang paling tinggi untuk mengekalkan kakitangan yang berkualiti tinggi.
D. Meningkatkan jualan sebanyak 10% bagi tahun hadapan.
E. Membahagikan wilayah jualan kepada kelompok daerah-daerah jualan.
2. Pernyataan yang manakah yang terbaik dapat menerangkan mengenai misi korporat?
A. Pernyataan yang menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.
B. Pernyataan yang menerangkan tujuan atau sebab kewujudan sesuatu syarikat.
C. Suatu penyataan mengenai objektif-objektif syarikat.
D. Pernyataan yang menerangkan falsafah pengasas syarikat.
E. Pernyataan yang menerangkan tanggungjawab pengurus atasan syarikat.
3. Yang mana satu daripada yang berikut merupakan ciri-ciri organisasi bertaraf dunia?
A. Fukus terhadap pelanggan adalah tinggi.
B. Pembelajaran dan pembaikan berterusan.
C. Struktur organisasi yang flrksibel.
D. Pengurusan sumber manusia yang kreatif.
E. Kesemua yang di atas.
4. Yang mana satu daripada yang berikut termasuk dalam persekitaran dalaman syarikat?
A. Sumber.
B. Politik dan perundangan.
C. Pelanggan.
D. Ekonomi.
E. Tiada satu pun yang di atas.
5. Persekitaran tugas sesuatu syarikat __________.
A. terdiri daripada kawasan bekerja secara fizikal sesuatu syarikat
B. ialah suatu Jawatankuasa Penasihat kepada pengurus atasan
C. terdiri daripada unsur atau kumpulan-kumpulan dalam industri yang diceburi oleh syarikat
D. ialah perakaunan kerja-kerja yang banyak dalam sesebuah syarikat
E. ialah spesifikasi kerja yang menyenaraikan kemahiran dan kebolehan yang diperlukan oleh syarikat
6. Apabila Pasaraya Giant membuka sebuah cawangan baru di Sabah, ini merupakan suatu contoh kepada ________.
A. pempelbagaian konglomerat
B. integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konsentrik
D. pembangunan pasaran
E. integrasi kehadapan
7. Yang mana satu daripada yang berikut TIDAK termasuk dalam proses pengurusan strategik?
A. Pembentukan strategi.
B. Perlaksanaan strategi.
C. Kawalan proses berstatistik.
D. Kawalan dan penilaian.
E. Pengimbasan persekitaran.
8. Syarikat penerbangan MAS yang menutup perkhidmatan di 10 bandaraya utama dunia pada tahun 2006 supaya boleh bertahan dari segi kewangan merupakan suatu contoh kepada strategi ___________.
A. pemulihan
B. pembubaran
C. pelupusan
D. strategi menuai
E. strategi bankrupsi
9. Dalam matrik portfolio BCG, suatu produk yang mempunyai pertumbuhan pasaran sebanyak 20% dan syer pasaran relatifnya sebanyak 1.0X dikenali sebagai __________.
A. lembu tunai
B. bintang
C. anjing
D. tanda soal
E. produk istimewa
10. Konsentrik, konglomerat, dan horizontal ialah istilah-istilah yang menerangkan ___________.
A. strategi pempelbagaian
B. strategi integratif
C. strategi intensif
D. strategi pengecilan
E. strategi pengecilan
11. Menambah perniagaan atau produk yang tidak berkaitan dengan perniagaan atau produk yang sedia ada dipanggil __________.
A. pempelbagaian konglomerat
B. Integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konsentrik
D. integrasi horizontal
E. Pembangunan produk baru
12. Salah satu daripada kebaikan globalisasi ialah ____________.
A. mendapat ekonomi bidangan
B. kos pengeluaran yang meningkat
C. dapat meningkatkan rundingan kesatuan sekerja
D. meningkatkan cukai
E. menambahkan latihan sumber manusia
13. Strategi membeli syarikat pesaing dikenali sebagai _________.
A. integrasi mendatar
B. integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konglomerat
D. integrasi kebelakang
E. pempelbagaian konsentrik
14. Kekuatan syarikat yang tidak boleh ditiru oleh pesaing dipanggil _______.
A. kemahiran terbeza
B. kemahiran istimewa
C. ciri-ciri persekitaran dalaman
D. audit persekitaran dalaman
E. audit persekitaran luaran
15. Membeli syarikat peruncit yang menjual produk keluaran syarikat anda adalah satu contoh daripada strategi ___________.
A. pempelbagaian konsentrik
B. integrasi kebekang
C. integrasi kehadapan
D. integrasi mendatar
E. penembusan pasaran
16. Hotel As-Safwah di Mekah terletak tersangat hampir dengan Masjidil Haram. Kesemua biliknya mempunyai pandangan (view) yang jelas kepada Masjidil Haram atau Kaabah. Hotel ini mensasarkan pelanggan yang kaya daripada negara-negara Arab dan mengenakan harga yang mahal iaitu sebanyak SR850 semalam kepada pelanggannya. Menurut Porter, Hotel As-Safwah melaksanakan strategi _______.
A. fokus pembezaan
B. pembezaan
C. kepimpinan kos
D. fokus kos
E. strategi kombinasi
17. Strategi untuk meningkatkan syer pasaran produk dalam pasaran sedia ada melalui usaha-usaha pemasaran yang giat seperti mempertingkatkan iklan dikenali sebagi strategi ________.
A. penembusan pasaran
B. integrasi kehadapan
C. pembangunan pasaran baru
D. integrasi kebelakang
E. pembangunan produk baru
18. Menurut Wheelen dan Hunger, julat jumlah skor berwajaran (weighted score) dalam Ringkasan Analisis Faktor Luaran (EFAS) ialah _____.
A. 0 – 5
B. 0 – 4
C. 1 – 4
D. 1 – 5
E. 1 – 10
19. Menurut Micheal Porter, terdapat lima gerak kuasa yang dapat mewujudkan peluang-peluang dan ancaman-ancaman kepada sesebuah organisasi. Yang mana satu daripada yang berikut tidak termasuk dalam lima gerak kuasa tersebut?
A. Kuasa tawar menawar pembeli
B. Kuasa tawar menawar pembekal
C. Kuasa tawar menawar kesatuan sekerja
D. Kemasukan pendatang baru
E. Persaingan dalam industri
20. Dalam matrik BCG, kadar pertumbuhan pasaran dinyatakan oleh _____.
A. paksi-y
B. sukuan-I
C. sukuan-II
D. sukuan-III
E. paksi-x
21. Tujuan pernyataan misi ialah untuk mengumumkan semua yang berikut kecuali ____.
A. apa yang ingin dicapai oleh syarikat pada masa hadapan
B. bentuk perniagaan yang ingin dijalankan
C. falsafah perniagaan syarikat
D. pelanggan yang ingin disasarkan
E. rancangan kewangan tahunan
22. Secara umumnya nilai ringgit yang kukuh akan menjadikan barangan keluaran Malaysia _______ di pasaran luar negara.
A. lebih murah
B. lebih mahal
C. lebih menarik
D. lebih dikehendaki
E. tiada apa-apa kesan
23. Suatu produk mempunyai syer pasaran relatif yang rendah dan dalam industri yang sangat berkembang pesat, maka ia diklasifikasikan sebagai _____.
A. anjing
B. lembu tunai
C. bintang
D. tanda soal
E. gagal
24. Salah satu ciri bagi industri yang berkembang ialah _____.
A. tertakluk kepada halangan mobiliti yang tinggi
B. persaingan yang tidak sengit
C. persaingan yang sengit
D. harga produk meningkat
E. mewujudkan ekonomi bidangan bagi syarikat-syarikat yang sedia ada dalam industri
25. Internet ialah suatu contoh bagi _______.
A. pembolehubah rentas benua
B. pembolehubah komunikasi
C. pembolehubah globalisasi
D. pembolehubah teknologi
E. pembolehubah sosial
26. Strategi peringkat perniagaan yang paling mahal untuk dilaksanakan ialah strategi __________.
A. kepimpinan kos
B. pembezaan
C. fokus
D. pertumbuhan
E. hypercompetition
27. Pilih strategi yang paling sesuai bagi produk dalam kategori anjing.
A. pelupusan
B. intergrasi mendatar
C. integrasi kebelakang
D. perkembangan pasaran
E. tidak mengamalkan apa-apa strategi
28. Syarikat pengeluar minuman bergas mendapati jualan air mineral meningkat sebab pengguna peka kepada kesihatan. Ini merujuk kepada pembolehubah _______ dalam persekitaran umum.
A. persaingan
B. sosial
C. politik
D. ekonomi
E. teknologi
29. Mengikut model rantaian nilai korporat, ________ merupakan salah satu daripada aktiviti utama syarikat.
A. pengurusan teknologi
B. pengeluaran/operasi
C. pembelian
D. pengurusan sumber manusia
E. penyelidikan dan pembangunan
30. Faktor yang dapat membantu sesebuah syarikat mengekalkan kelebihan bersaingnya ialah ______.
A. kecekapan yang sangat tinggi
B. produk yang berkualiti
C. inovasi
D. responsif kepada pelanggan
E. semua yang di atas
31. Sebuah syarikat mengeluarkan berbagai-bagai pakaian untuk kumpulan pengguna yang berbeza. Syarikat ini mengamalkan strategi ______.
A. kepimpinan kos
B. pembezaan
C. fokus
D. pempelbagaian tidak berkaitan
E. kombinasi
32. Bos Adam memberitahu bahawa syarikat mereka akan melaksanakan strategi integrasi horizontal. Ini bermakna syarikat tersebut akan ______.
A. membeli salah satu daripada syarikat milik pembekalnya
B. membeli syarikat milik pesaingnya
C. mula mengedarkan sendiri produk-produk keluaran syarikatnya
D. disusun semula kepada unit-unit perniagaan yang kecil
E. memusatkan semua akktiviti-aktiviti sokongan
33. Yang mana satu daripada yang berikut BUKAN merupakan halangan kemasukan ?
A. Ekonomi bidangan.
B. Kesetiaan jenama.
C. Kelebihan kos yang mutlak.
D. Kuasa tawar menawar pelanggan yang tinggi.
E. Kos untuk beralih bagi pelanggan adalah tinggi.
34. Menurut Porter, gerak kuasa yang lemah boleh dianggap sebagai _____.
A. keuntungan
B. peluang
C. kelebihan
D. ancaman
E. risiko
35. Kuasa tawar menawar pelanggan adalah _______ apabila produk yang ditawarkan adalah piawai (standard) atau tidak ada pembezaan.
A. tinggi
B. rendah
C. marginal
D. sederhana
E. negatif
36. Apakah dua persekitaran yang berinteraksi dengan syarikat yang mempunyai pembolehubah dan kuasa yang memberi kesan terhadap cara syarikat beroperasi dan juga kelangsungan kewujudan syarikat ?
A. persekitaran tugas dan persekitaran umum.
B. persekitaran sumber dan persekitaran ekonomi.
C. persekiratan persaingan dan persekitaran tugas.
D. persekitaran kerajaan dan persekitaran persaingan.
E. persekitaran ekonomi dan persekitaran teknologi.
37. Yang mana satu daripada yang berikut TIDAK menerangkan ancaman kemasukan pesaing baru kedalam industri?
A. Halangan kemasukan ke dalam industri adalah rendah.
B. Pendatang baru mempunyai keinginan untuk meningkatkan syer pasaran.
C. Tindak balas daripada pesaing-pesaing sedia ada agak perlahan.
D. Persaingan antara syarikat-syarikat yang sedia ada dalam industri sederhana.
E. Pendatang baru membawa teknologi yang baru dan sumber yang banyak.
38. Kelebihan bersaingan sesebuah syarikat tidak dapat bertahan lama jika kelebihan bersaing tersebut ______.
A. boleh ditiru dengan mudah atau dengan pantas oleh syarikat lain.
B. dilindungi oleh patent
C. dilindungi oleh halangan-halangan peniruan yang signifikan
D. tidak dikongsi dengan syarikat lain dalam industri tersebut
E. dilindungi oleh hakcipta
39. Kuasa umum yang boleh menghasilkan rekaan/invensi bagi menyelesaikan masalah syarikat ialah __________.
A. kuasa buruh
B. kuasa teknologi
C. kuasa politik-perundangan
D. kuasa ekonomi
E. kuasa sosial-budaya
40. Apakah isu-isu persekitaran yang strategik yang dianggap mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk berlaku dan juga mempunyai keberangkalian yang tinggi memberi kesan kepada syarikat ?
A. Senario.
B. Kuasa industri.
C. Isu-isu strategik.
D. Kuasa teknologi.
E. Faktor-faktor strategik luaran.
Bagi soalan 41 hingga 50, lengkapkan Model Pengurusan Strategik yang dikemukakan oleh Wheelen dan Hunger seperti di halaman berikut dengan menulis istilah-istilah yang telah dikosongkan.
41. ____________________________
42. ____________________________
43. ____________________________
44. ____________________________
45. __________________________
46. __________________________
47. __________________________
48. __________________________
49. __________________________
50. ___________________________