Thursday, January 27, 2011

Apakah Alamat Email Anda?

Assalamu'alaikum wm wbr. dan Selamat Sejahtera.

Semua pelajar dikehendaki menulis alamat email di ruangan komen (klik Post a Comment) supaya anda dapat creat new entri dalam blog ini. Buat permulaannya anda boleh gunakan id anonymous. Anda kena beritahu alamat email dan nama anda. Saya perlu add akaun id anda bagi membolehkan anda membuat sebarang editing.

Nama Syarikat Bagi Projek Berkumpulan

Assalamu'alaikum wm wbr dan selamat sejahtera.




Harap para pelajar catitkan nama syarikat yang akan dikaji bagi projek berkumpulan. Sila gunakan ruang komen di bawah entri ini untuk inform saya - oleh itu anda tidak perlu lagi datang berjumpa saya just untuk dapatkan pengesahan. Mudah bukan? Saya akan balas balik komen anda sama ada setuju ataupun tidak dengan cadangan tersebut.

So far saya telah bersetuju dengan syarikat-syarikat di bawah ini untuk dibuat kajian kes.
  1. F&N (Malarvilee, Kala, Abiramee)
  2. Yeo's Hup Seng (Wong Meng Soon, Ong Hui Chen, Thamarai)
  3. Proton (Hafazah, Fara Haniza, Nur Hanisah)
  4. KFC Holding Sdn Bhd ( Nur Farizan Natasya, Kalaivani, Azzah Syarafina)
  5. Sapura Industrial Bhd (Sivabalan, Chandarakala, Amutha)
  6. Mamee (Norhamizah Majid, E. Wee Sean, Norsuhella)
  7. AirAsia ( Umahthevee, Siti Fatonah, Hamizah)

  8. Ada ke kumpulan yang belum submit nama sykt?
Jika maklumat di atas tak betul, tolong beri maklum balas - semestinya di ruang komen

Semut dan Pengurusan Strategik?

Assalamu'alaikum wm wbr.



Lihat gambar semut di atas. Apa kaitan gambar ini dengan pengurusan strategik? Semua pelajar kena jawab dalam ruang post a comment di bawah. Jika anda ada akaun email peribadi, contohnya abcd@yahoo.com maka gunakan akaun email tersebut untuk poskan komen anda. Jika anda masih belum ada akaun email, anda perlu gunakan anonymous untuk pos komen anda. Harap beritahu nama anda semasa beri komen supaya saya mudah kenal anda.

Selamat mencuba.

Selamat Datang Ke Blog Pengurusan Strategik

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mengunjungi blog ini. Blog ini saya wujudkan bagi memudahkan anda (para pelajar UUM-KYM) yang mengambil subjek BPMN3023 Pengurusan Strategik berinteraksi dengan saya sepanjang sesi perkuliahan anda bagi subjek ini di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai subjek Pengurusan Strategik bolehlah diposkan di ruang komen, atau create new entry. Pada peringkat permulaan, anda boleh menggunakan akaun id "anonymous" terlebih dahulu, dan setelah anda create akaun id untuk group anda, maka anda dikehendaki menggunakan akaun id group anda bagi memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang khusus untuk group anda. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan anda sebaik mungkin.

Bagi memudahkan saya membantu / guide anda dalam menyiapkan projek yang berkualiti, anda dikehendaki mengepos projek anda di sini (create new post) mengikut section-section tertentu, sebagai contoh Profile syarikat yang dikaji - satu entri; Analisis Industri XYZ- satu entri baru; Analisis Persekitaran Luaran - another entry. Maknanya, jangan tulis panjang-panjang untuk sesuatu entri supaya mudah saya lihat dan beri komen / pandangan.

Akhir sekali, oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan, maka sudah tentu ia mempunyai kekurangan atau kelemahan. Oleh itu sama-samalah kita belajar dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya blog ini benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada anda sekelian.