Thursday, January 27, 2011

Selamat Datang Ke Blog Pengurusan Strategik

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mengunjungi blog ini. Blog ini saya wujudkan bagi memudahkan anda (para pelajar UUM-KYM) yang mengambil subjek BPMN3023 Pengurusan Strategik berinteraksi dengan saya sepanjang sesi perkuliahan anda bagi subjek ini di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai subjek Pengurusan Strategik bolehlah diposkan di ruang komen, atau create new entry. Pada peringkat permulaan, anda boleh menggunakan akaun id "anonymous" terlebih dahulu, dan setelah anda create akaun id untuk group anda, maka anda dikehendaki menggunakan akaun id group anda bagi memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang khusus untuk group anda. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan anda sebaik mungkin.

Bagi memudahkan saya membantu / guide anda dalam menyiapkan projek yang berkualiti, anda dikehendaki mengepos projek anda di sini (create new post) mengikut section-section tertentu, sebagai contoh Profile syarikat yang dikaji - satu entri; Analisis Industri XYZ- satu entri baru; Analisis Persekitaran Luaran - another entry. Maknanya, jangan tulis panjang-panjang untuk sesuatu entri supaya mudah saya lihat dan beri komen / pandangan.

Akhir sekali, oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan, maka sudah tentu ia mempunyai kekurangan atau kelemahan. Oleh itu sama-samalah kita belajar dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya blog ini benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada anda sekelian.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....
saya Norsuhella binti Mohd noor....
saya ada kemusykilan pada tajuk projek kami...
oleh itu kami ingin mendapatkan pandangan tuan haji terhadap syarikat yang kami pilih ini...
1. mamee double decker
2. hup seng
3. yee leecorporation berhad.

pada pandangan tuan haji, manakah syarikat yang sesuai..????

terima kasih kerana membantu....

aishu said...

hello sir....saya umahtheve...kumpulan kami buat keputusan untuk memilih Air Asia sebagai syarikat kajian kami..
sekian, terima kasih.

Mohd Saad Hamid said...

Nursuhella,
Saya dahn jawab dan awak pun dah pilih mamee :) Ok, awak boleh proceed kalau cukup maklumat.

Mohd Saad Hamid said...

aishu

Orrr......raaaaait! Sila teruskan.