Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Semut dan Pengurusan Strategik?

Assalamu'alaikum wm wbr.



Lihat gambar semut di atas. Apa kaitan gambar ini dengan pengurusan strategik? Semua pelajar kena jawab dalam ruang post a comment di bawah. Jika anda ada akaun email peribadi, contohnya abcd@yahoo.com maka gunakan akaun email tersebut untuk poskan komen anda. Jika anda masih belum ada akaun email, anda perlu gunakan anonymous untuk pos komen anda. Harap beritahu nama anda semasa beri komen supaya saya mudah kenal anda.

Selamat mencuba.

Selamat Datang Ke Blog Pengurusan Strategik

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mengunjungi blog ini. Blog ini saya wujudkan bagi memudahkan anda (para pelajar UUM-KYM) yang mengambil subjek BPMN3023 Pengurusan Strategik berinteraksi dengan saya sepanjang sesi perkuliahan anda bagi subjek ini di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai subjek Pengurusan Strategik bolehlah diposkan di ruang komen, atau create new entry. Pada peringkat permulaan, anda boleh menggunakan akaun id "anonymous" terlebih dahulu, dan setelah anda create akaun id untuk group anda, maka anda dikehendaki menggunakan akaun id group anda bagi memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang khusus untuk group anda. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan anda sebaik mungkin.

Bagi memudahkan saya membantu / guide anda dalam menyiapkan projek yang berkualiti, anda dikehendaki mengepos projek anda di sini (create new post) mengikut section-section tertentu, sebagai contoh Profile syarikat yang dikaji - satu entri; Analisis Industri XYZ- satu entri baru; Analisis Persekitaran Luaran - another entry. Maknanya, jangan tulis panjang-panjang untuk sesuatu entri supaya mudah saya lihat dan beri komen / pandangan.

Akhir sekali, oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan, maka sudah tentu ia mempunyai kekurangan atau kelemahan. Oleh itu sama-samalah kita belajar dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya blog ini benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada anda sekelian.