1. Pengurusan strategik memberikan tumpuan
kepada
A. memantau dan menilai peluang-peluang dan
ancaman-ancaman persekitaran luaran dan memadankannya dengan kekuatan-kekuatan
dan kelemahan-kelemahan dalaman syarikat.
B. pengurus barisan-pertama / pengurus bawahan.
C. prestasi jangka-pendek syarikat.
D. meneliti persekitaran dalaman syarikat.
E. menyiasat tindakan-tindakan pesaing.
2. Kajian menunjukkan bahawa pengurusan
strategik berevolusi dalam empat fasa yang berjujukan. Fasa pertama ialah
A. perancangan berorientasikan luaran.
B. perancangan kewangan yang asas.
C. perancangan berorientasikan dalaman.
D. perancangan berasaskan ramalan.
E. pengurusan strategik.
3. Pernyataan yang manakah yang terbaik dapat
menerangkan mengenai misi korporat?
A. Pernyataan yang menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh syarikat.
B. Pernyataan yang menerangkan tujuan atau sebab kewujudan
sesuatu syarikat.
C. Suatu penyataan mengenai objektif-objektif syarikat.
D. Pernyataan yang menerangkan falsafah pengasas syarikat.
E. Pernyataan yang
menerangkan tanggungjawab pengurus atasan syarikat.
4. Struktur organisasi, budaya organisasi,
dan sumber-sumber syarikat merupakan
A. persekitaran dalaman.
B. persekitaran luaran.
C. gerak kuasa sosio-budaya.
D. persekitaran industri.
E. tiada satu pun yang di atas.
5. Persekitaran tugas sesuatu syarikat
__________.
A. terdiri daripada kawasan bekerja secara fizikal sesuatu
syarikat
B. ialah suatu Jawatankuasa Penasihat kepada pengurus atasan
C. terdiri daripada unsur atau kumpulan-kumpulan dalam industri
yang diceburi oleh syarikat
D. ialah perakaunan kerja-kerja yang banyak dalam sesebuah
syarikat
E. ialah spesifikasi kerja yang menyenaraikan kemahiran dan
kebolehan yang diperlukan oleh syarikat
6. Apabila Pasaraya Mydin membuka sebuah cawangan
baru di Masjid Tanah, Melaka maka ini merupakan suatu contoh kepada ________.
A. pempelbagaian konglomerat
B. integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konsentrik
D. pembangunan pasaran
E. integrasi kehadapan
7. Kebanyakan syarikat-syarikat yang
tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mempunyai tiga peringkat hierarki
strategi iaitu strategi peringkat:
A. Korporat – Perniagaan/Bahagian – Fungsian.
B. Persekitaran – Korporat – Fungsian.
C. Persekitaran – Perniagaan – Korporat.
D. Perniagaan – Bahagian – Fungsian.
E. Industri – Korporat – Bahagian.
8. Syarikat penerbangan MAS yang menutup
perkhidmatannya di 10 bandaraya utama dunia pada tahun 2006 supaya boleh
bertahan dari segi kewangan merupakan suatu contoh kepada strategi ___________.
A. pemulihan
B. pembubaran
C. pelupusan
D. strategi menuai
E. strategi bankrupsi
9. Yang mana satu daripada yang berikut ini
merupakan suatu contoh kepada strategi korporat?
A. Meningkatkan jualan sebanyak 10% berbanding
jualan tahun lepas.
B. Membayar gaji yang paling tinggi dalam industri
untuk mengekalkan pekerja yang berkualiti tinggi.
C. Mengeluarkan produk dengan kos yang paling
murah dalam industri.
D. Mempelbagaikan perniagaan dengan memasuki ke
dalam industri yang tidak berkaitan.
E. Mengeluarkan produk yang mempunyai pembezaan
yang tinggi kepada kelompok pengguna yang unik.
10. Konsentrik, konglomerat, dan horizontal
ialah istilah-istilah yang menerangkan ___________.
A. strategi pempelbagaian
B. strategi integratif
C. strategi intensif
D. strategi pengecilan
E. strategi pengecilan
11. Menambah perniagaan atau produk yang tidak
berkaitan dengan perniagaan atau produk yang sedia ada dipanggil __________.
A. pempelbagaian konglomerat
B. Integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konsentrik
D. integrasi horizontal
E. Pembangunan produk baru
12. Salah satu daripada kebaikan globalisasi ialah ____________.
A. mendapat ekonomi
bidangan
B.
kos pengeluaran
yang meningkat
C.
dapat
meningkatkan rundingan kesatuan sekerja
D.
meningkatkan
cukai
E.
menambahkan
latihan sumber manusia
13. Strategi membeli syarikat pesaing dikenali
sebagai _________.
A. integrasi mendatar
B. integrasi kehadapan
C. pempelbagaian konglomerat
D. integrasi kebelakang
E. pempelbagaian konsentrik
14. Kekuatan syarikat yang tidak boleh ditiru
oleh pesaing dipanggil _______.
A. kemahiran terbeza
B. kemahiran istimewa
C. ciri-ciri persekitaran dalaman
D. audit persekitaran dalaman
E. audit persekitaran luaran
15. Apabila Proton menubuhkan Proton Edar untuk menjual
kereta-kereta yang dikeluarkannya maka ini adalah satu contoh daripada strategi
___________.
A. pempelbagaian konsentrik
B. integrasi kebelakang
C. integrasi kehadapan
D. integrasi mendatar
E. penembusan pasaran
16. Hotel As-Safwah di Mekah terletak tersangat
hampir dengan Masjidil Haram. Kesemua biliknya mempunyai pandangan (view) yang
jelas kepada Masjidil Haram atau Kaabah.
Hotel ini mensasarkan pelanggan yang kaya daripada negara-negara Arab
dan mengenakan harga yang mahal iaitu sebanyak SR850 satu malam kepada
pelanggannya. Menurut Porter, Hotel As-Safwah melaksanakan strategi _______.
A. fokus pembezaan
B. pembezaan
C. kepimpinan kos
D. fokus kos
E. strategi kombinasi
17. Strategi untuk meningkatkan syer pasaran
produk dalam pasaran sedia ada melalui usaha-usaha pemasaran yang giat seperti
mempertingkatkan iklan dikenali sebagi strategi ________.
A. penembusan pasaran
B. integrasi kehadapan
C. pembangunan pasaran baru
D. integrasi kebelakang
E. pembangunan produk baru
18. Menurut Wheelen dan Hunger, julat jumlah
skor berwajaran (weighted score) dalam Ringkasan Analisis Faktor Luaran (EFAS)
ialah _____.
A. 0 – 5
B. 0 – 4
C. 1 – 4
D. 1 – 5
E. 1 – 10
19. Yang mana satu daripada persekitaran umum (societal
environment) syarikat termasuk tren demografik?
A. Politik-Perundangan
B. Buruh
C. Ekonomi
D. Teknologi
E. Sosio-Budaya
20. Analisis industri merujuk kepada __________
syarikat.
A. persekitaran umum (societal environment)
B. persekitaran tugas
C. persekitaran sosio-budaya
D. persekitaran ekonomi
E. persekitaran dalaman
21. Tujuan pernyataan misi ialah untuk
mengumumkan semua yang berikut kecuali ____.
A. apa yang ingin dicapai oleh syarikat pada masa
hadapan
B. bentuk perniagaan yang ingin dijalankan
C. falsafah perniagaan syarikat
D. pelanggan yang ingin disasarkan
E. rancangan kewangan tahunan
22. Secara umumnya nilai ringgit yang kukuh akan
menjadikan barangan keluaran Malaysia _______ di pasaran luar negara.
A. lebih murah
B. lebih mahal
C. lebih menarik
D. lebih dikehendaki
E. tiada apa-apa kesan
23. Strategi perniagaan terdiri daripada
A. strategi korporat dan strategi persaingan.
B. strategi persaingan dan strategi kerjasama.
C. strategi korporat dan strategi kerjasama.
D. strategi bahagian dan strategi persaingan.
E. gagal
24. Salah satu ciri bagi industri yang
berkembang ialah _____.
A. tertakluk kepada halangan mobiliti yang tinggi
B. persaingan yang tidak sengit
C. persaingan yang sengit
D. harga produk meningkat
E. mewujudkan ekonomi bidangan bagi
syarikat-syarikat yang sedia ada dalam industri
25. Internet ialah suatu contoh bagi _______.
A. pembolehubah rentas benua
B. pembolehubah komunikasi
C. pembolehubah globalisasi
D. pembolehubah teknologi
E. pembolehubah sosial
26. Strategi peringkat perniagaan yang
paling mahal untuk dilaksanakan ialah strategi __________.
A. kepimpinan kos
B. pembezaan
C. fokus
D. pertumbuhan
E. hypercompetition
27. Yang mana satu daripada strategi
halatuju yang berikut paling kerap digunakan oleh sesebuah syarikat?
A. Kesetabilan.
B. Pertumbuhan
C. Konsolidasi / penyatuan
D. Pengecilan
E. Tiada satu pun yang di atas
28. Syarikat pengeluar minuman bergas mendapati
jualan air mineral meningkat sebab pengguna peka kepada kesihatan. Ini merujuk kepada pembolehubah _______ dalam
persekitaran umum.
A. persaingan
B. sosial
C. politik
D. ekonomi
E. teknologi
29. Mengikut model rantaian nilai korporat,
________ merupakan salah satu daripada aktiviti utama syarikat.
A. pengurusan teknologi
B. pengeluaran/operasi
C. pembelian
D. pengurusan sumber manusia
E. penyelidikan dan pembangunan
30. Faktor yang dapat membantu sesebuah
syarikat mengekalkan kelebihan bersaingnya ialah ______.
A. kecekapan yang sangat tinggi
B. produk yang berkualiti
C. inovasi
D. responsif kepada pelanggan
E. semua yang di atas
31. Sebuah syarikat mengeluarkan berbagai-bagai
pakaian untuk kumpulan pengguna yang berbeza. Syarikat ini mengamalkan strategi
______.
A. kepimpinan kos
B. kombinasi
C. fokus
D. pempelbagaian tidak berkaitan
E. pembezaan
32. Bos Adam memberitahu bahawa syarikat mereka
akan melaksanakan strategi integrasi horizontal. Ini bermakna syarikat tersebut
akan ______.
A. membeli salah satu daripada syarikat milik
pembekalnya
B. memusatkan semua akktiviti-aktiviti sokongan
C. mula mengedarkan sendiri produk-produk
keluaran syarikatnya
D. disusun semula kepada unit-unit perniagaan
yang kecil
E. membeli syarikat milik pesaingnya
33. Yang mana satu daripada yang berikut BUKAN
merupakan halangan kemasukan ?
A. Ekonomi bidangan.
B. Kesetiaan jenama.
C. Kelebihan kos yang mutlak.
D. Kuasa tawar menawar pelanggan yang tinggi.
E. Kos untuk beralih bagi pelanggan adalah tinggi.
34. Menurut Porter, gerak kuasa yang lemah boleh
dianggap sebagai _____.
A. keuntungan
B. ancaman
C. kelebihan
D. peluang
E. risiko
35. Kuasa tawar menawar pelanggan adalah _______
apabila produk yang ditawarkan adalah piawai (standard) atau tidak ada
pembezaan.
A. rendah
B. tinggi
C. marginal
D. sederhana
E. negatif
36. Apakah dua persekitaran yang berinteraksi
dengan syarikat yang mempunyai pembolehubah dan kuasa yang memberi kesan
terhadap cara syarikat beroperasi dan juga kelangsungan kewujudan
syarikat ?
A. persekitaran tugas dan persekitaran umum.
B. persekitaran sumber dan persekitaran ekonomi.
C. persekiratan persaingan dan persekitaran
tugas.
D. persekitaran kerajaan dan persekitaran
persaingan.
E. persekitaran ekonomi dan persekitaran
teknologi.
37. Yang mana satu daripada yang berikut TIDAK
menerangkan ancaman kemasukan pesaing baru kedalam industri?
A. Halangan kemasukan ke dalam industri adalah
rendah.
B. Pendatang baru mempunyai keinginan untuk meningkatkan
syer pasaran.
C. Tindak balas daripada pesaing-pesaing sedia
ada agak perlahan.
D. Persaingan antara syarikat-syarikat yang sedia
ada dalam industri sederhana.
E. Pendatang baru membawa teknologi yang baru dan
sumber yang banyak.
38. Kelebihan bersaingan sesebuah syarikat tidak
dapat bertahan lama jika kelebihan bersaing tersebut ______.
A. boleh ditiru dengan mudah atau dengan pantas
oleh syarikat lain.
B. dilindungi oleh patent
C. dilindungi oleh halangan-halangan peniruan
yang signifikan
D. tidak dikongsi dengan syarikat lain dalam
industri tersebut
E. dilindungi oleh hakcipta
39. Kuasa umum yang boleh menghasilkan
rekaan/invensi bagi menyelesaikan masalah
syarikat ialah __________.
A. kuasa buruh
B. kuasa teknologi
C. kuasa politik-perundangan
D. kuasa ekonomi
E. kuasa sosial-budaya
40. Apakah isu-isu persekitaran yang strategik
yang dianggap mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk berlaku dan juga
mempunyai keberangkalian yang tinggi memberi kesan kepada syarikat ?
A. Senario.
B. Kuasa industri.
C. Isu-isu strategik.
D. Kuasa teknologi.
E. Faktor-faktor strategik luaran.
Bagi soalan 41
hingga 50, tulis jawapan anda bagi istilah-istilah yang telah dikosongkan pada
gambarajah-gambarajah di bawah.
42. PEMBEZAAN
43. FOKUS KOS
44. FOKUS PEMBEZAAN
45. PENDATANG BARU
46. PEMBEKAL
47. PEMBELI
48. PRODUK GANTI
49. KADAR PERTUMBUHAN INDUSTRI
50. KADAR PENGUASAAN PASARAN DALAM INDUSTRI
1 comment:
Abdul Rajak bin Abdurahim 202777
Post a Comment