Monday, March 26, 2012

Soalan Mid Sem Sept 2011

1.      Pengurusan strategik memberikan tumpuan kepada

A.  memantau dan menilai peluang-peluang dan ancaman-ancaman persekitaran luaran dan memadankannya dengan kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan dalaman syarikat.
B.  pengurus barisan-pertama / pengurus bawahan.
C.  prestasi jangka-pendek syarikat.
D.  meneliti persekitaran dalaman syarikat.
E.   menyiasat tindakan-tindakan pesaing.

2.      Kajian menunjukkan bahawa pengurusan strategik berevolusi dalam empat fasa yang berjujukan. Fasa pertama ialah

A.  perancangan berorientasikan luaran.
B.  perancangan kewangan yang asas.
C.  perancangan berorientasikan dalaman.
D.  perancangan berasaskan ramalan.
E.   pengurusan strategik.

3.      Pernyataan yang manakah yang terbaik dapat menerangkan mengenai misi korporat?

A.    Pernyataan yang menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.
B.     Pernyataan yang menerangkan tujuan atau sebab kewujudan sesuatu syarikat.
C.     Suatu penyataan mengenai objektif-objektif syarikat.
D.    Pernyataan yang menerangkan falsafah pengasas syarikat.
E.     Pernyataan  yang menerangkan tanggungjawab pengurus atasan syarikat.

4.      Struktur organisasi, budaya organisasi, dan sumber-sumber syarikat merupakan

A.    persekitaran dalaman.
B.     persekitaran luaran.
C.     gerak kuasa sosio-budaya.
D.    persekitaran industri.
E.     tiada satu pun yang di atas.

5.      Persekitaran tugas sesuatu syarikat __________.

A.    terdiri daripada kawasan bekerja secara fizikal sesuatu syarikat
B.     ialah suatu Jawatankuasa Penasihat kepada pengurus atasan
C.     terdiri daripada unsur atau kumpulan-kumpulan dalam industri yang diceburi oleh syarikat
D.    ialah perakaunan kerja-kerja yang banyak dalam sesebuah syarikat
E.     ialah spesifikasi kerja yang menyenaraikan kemahiran dan kebolehan yang diperlukan oleh syarikat

 6.      Apabila Pasaraya Mydin membuka sebuah cawangan baru di Masjid Tanah, Melaka maka ini merupakan suatu contoh kepada ________.

A.  pempelbagaian konglomerat
B.  integrasi kehadapan
C.  pempelbagaian konsentrik
D.  pembangunan pasaran
E.   integrasi kehadapan

7.      Kebanyakan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mempunyai tiga peringkat hierarki strategi iaitu strategi peringkat:

A.  Korporat – Perniagaan/Bahagian – Fungsian.
B.  Persekitaran – Korporat – Fungsian.
C.  Persekitaran – Perniagaan – Korporat.
D.  Perniagaan – Bahagian – Fungsian.
E.   Industri – Korporat – Bahagian.

8.      Syarikat penerbangan MAS yang menutup perkhidmatannya di 10 bandaraya utama dunia pada tahun 2006 supaya boleh bertahan dari segi kewangan merupakan suatu contoh kepada strategi ___________.

A.  pemulihan
B.  pembubaran
C.  pelupusan
D.  strategi menuai
E.   strategi bankrupsi

9.      Yang mana satu daripada yang berikut ini merupakan suatu contoh kepada strategi korporat?

A.  Meningkatkan jualan sebanyak 10% berbanding jualan tahun lepas.
B.  Membayar gaji yang paling tinggi dalam industri untuk mengekalkan pekerja yang berkualiti tinggi.
C.  Mengeluarkan produk dengan kos yang paling murah dalam industri.
D.  Mempelbagaikan perniagaan dengan memasuki ke dalam industri yang tidak berkaitan.
E.   Mengeluarkan produk yang mempunyai pembezaan yang tinggi kepada kelompok pengguna yang unik.

10.    Konsentrik, konglomerat, dan horizontal ialah istilah-istilah yang menerangkan ___________.

A.  strategi pempelbagaian
B.  strategi integratif
C.  strategi intensif
D.  strategi pengecilan
E.   strategi pengecilan

11.    Menambah perniagaan atau produk yang tidak berkaitan dengan perniagaan atau produk yang sedia ada dipanggil __________.

A.  pempelbagaian konglomerat
B.  Integrasi kehadapan
C.  pempelbagaian konsentrik
D.  integrasi horizontal
E.  Pembangunan produk baru

12.    Salah satu daripada kebaikan globalisasi ialah ____________.                                                            
           
A.  mendapat ekonomi bidangan
B.     kos pengeluaran yang meningkat
C.     dapat meningkatkan rundingan kesatuan sekerja
D.    meningkatkan cukai
E.     menambahkan latihan sumber manusia

13.    Strategi membeli syarikat pesaing dikenali sebagai _________.

A.  integrasi mendatar
B.  integrasi kehadapan
C.  pempelbagaian konglomerat
D.  integrasi kebelakang
E.   pempelbagaian konsentrik

14.    Kekuatan syarikat yang tidak boleh ditiru oleh pesaing dipanggil _______.

A.  kemahiran terbeza
B.  kemahiran istimewa
C.  ciri-ciri persekitaran dalaman
D.  audit persekitaran dalaman
E.   audit persekitaran luaran

15.    Apabila Proton menubuhkan Proton Edar untuk menjual kereta-kereta yang dikeluarkannya maka ini adalah satu contoh daripada strategi ___________.
        
A.  pempelbagaian konsentrik
B.  integrasi kebelakang
C.  integrasi kehadapan
D.  integrasi mendatar
E.   penembusan pasaran

 16.    Hotel As-Safwah di Mekah terletak tersangat hampir dengan Masjidil Haram. Kesemua biliknya mempunyai pandangan (view) yang jelas kepada Masjidil Haram atau Kaabah.  Hotel ini mensasarkan pelanggan yang kaya daripada negara-negara Arab dan mengenakan harga yang mahal iaitu sebanyak SR850 satu malam kepada pelanggannya. Menurut Porter, Hotel As-Safwah melaksanakan strategi _______.

A.  fokus pembezaan
B. pembezaan
C.  kepimpinan kos
D.  fokus kos
E.   strategi kombinasi

17.    Strategi untuk meningkatkan syer pasaran produk dalam pasaran sedia ada melalui usaha-usaha pemasaran yang giat seperti mempertingkatkan iklan dikenali sebagi strategi ________.

A.  penembusan pasaran
B.  integrasi kehadapan
C.  pembangunan pasaran baru
D.  integrasi kebelakang
E.   pembangunan produk baru

18.    Menurut Wheelen dan Hunger, julat jumlah skor berwajaran (weighted score) dalam Ringkasan Analisis Faktor Luaran (EFAS) ialah _____.

A.  0 – 5
B.  0 – 4
C.  1 – 4
D.  1 – 5
E.   1 – 10

19.    Yang mana satu daripada persekitaran umum (societal environment) syarikat termasuk tren demografik?

A.  Politik-Perundangan
B.  Buruh
C.  Ekonomi
D.  Teknologi
E.   Sosio-Budaya

20.    Analisis industri merujuk kepada __________ syarikat.

A.  persekitaran umum (societal environment)
B.  persekitaran tugas
C.  persekitaran sosio-budaya
D.  persekitaran ekonomi
E.   persekitaran dalaman

21.    Tujuan pernyataan misi ialah untuk mengumumkan semua yang berikut kecuali ____.

A.  apa yang ingin dicapai oleh syarikat pada masa hadapan
B.  bentuk perniagaan yang ingin dijalankan
C.  falsafah perniagaan syarikat
D.  pelanggan yang ingin disasarkan
E.   rancangan kewangan tahunan

22.    Secara umumnya nilai ringgit yang kukuh akan menjadikan barangan keluaran Malaysia _______ di pasaran luar negara.

A.  lebih murah
B.  lebih mahal
C.  lebih menarik
D.  lebih dikehendaki
E.   tiada apa-apa kesan

23.    Strategi perniagaan terdiri daripada

A.  strategi korporat dan strategi persaingan.
B.  strategi persaingan dan strategi kerjasama.
C.  strategi korporat dan strategi kerjasama.
D.  strategi bahagian dan strategi persaingan.
E.   gagal

24.    Salah satu ciri bagi industri yang berkembang ialah _____.

A.  tertakluk kepada halangan mobiliti yang tinggi
B.  persaingan yang tidak sengit
C.  persaingan yang sengit
D.  harga produk meningkat
E.   mewujudkan ekonomi bidangan bagi syarikat-syarikat yang sedia ada dalam industri

25.    Internet ialah suatu contoh bagi _______.

A.  pembolehubah rentas benua
B.  pembolehubah komunikasi
C.  pembolehubah globalisasi
D.  pembolehubah teknologi
E.   pembolehubah sosial

26.    Strategi peringkat perniagaan yang paling mahal untuk dilaksanakan ialah strategi __________.
A.  kepimpinan kos
B.  pembezaan
C.  fokus
D.  pertumbuhan
E.   hypercompetition
27.    Yang mana satu daripada strategi halatuju yang berikut paling kerap digunakan oleh sesebuah syarikat?

A.  Kesetabilan.
B.  Pertumbuhan
C.  Konsolidasi / penyatuan
D.  Pengecilan
E.   Tiada satu pun yang di atas

28.    Syarikat pengeluar minuman bergas mendapati jualan air mineral meningkat sebab pengguna peka kepada kesihatan.  Ini merujuk kepada pembolehubah _______ dalam persekitaran umum.

A.  persaingan
B.  sosial
C.  politik
D.  ekonomi
E.   teknologi

29.    Mengikut model rantaian nilai korporat, ________ merupakan salah satu daripada aktiviti utama syarikat.

A.  pengurusan teknologi
B.  pengeluaran/operasi
C.  pembelian
D.  pengurusan sumber manusia
E.   penyelidikan dan pembangunan

30.    Faktor yang dapat membantu sesebuah syarikat mengekalkan kelebihan bersaingnya ialah ______.

A.  kecekapan yang sangat tinggi
B.  produk yang berkualiti
C.  inovasi
D.  responsif kepada pelanggan
E.   semua yang di atas

31.    Sebuah syarikat mengeluarkan berbagai-bagai pakaian untuk kumpulan pengguna yang berbeza. Syarikat ini mengamalkan strategi ______.

A.  kepimpinan kos
B.  kombinasi
C.  fokus
D.  pempelbagaian tidak berkaitan
E.   pembezaan

 32.    Bos Adam memberitahu bahawa syarikat mereka akan melaksanakan strategi integrasi horizontal. Ini bermakna syarikat tersebut akan ______.

A.  membeli salah satu daripada syarikat milik pembekalnya
B.  memusatkan semua akktiviti-aktiviti sokongan
C.  mula mengedarkan sendiri produk-produk keluaran syarikatnya
D.  disusun semula kepada unit-unit perniagaan yang kecil
E.   membeli syarikat milik pesaingnya

33.    Yang mana satu daripada yang berikut BUKAN merupakan halangan kemasukan ?

A.  Ekonomi bidangan.
B.  Kesetiaan jenama.
C.  Kelebihan kos yang mutlak.
D.  Kuasa tawar menawar pelanggan yang tinggi.
E.   Kos untuk beralih bagi pelanggan adalah tinggi.

34.    Menurut Porter, gerak kuasa yang lemah boleh dianggap sebagai _____.

A.  keuntungan
B.  ancaman
C.  kelebihan
D.  peluang
E.   risiko

35.    Kuasa tawar menawar pelanggan adalah _______ apabila produk yang ditawarkan adalah piawai (standard) atau tidak ada pembezaan.

A.  rendah
B.  tinggi
C.  marginal
D.  sederhana
E.   negatif

36.    Apakah dua persekitaran yang berinteraksi dengan syarikat yang mempunyai pembolehubah dan kuasa yang memberi kesan terhadap cara syarikat beroperasi dan juga kelangsungan kewujudan syarikat ?

A.  persekitaran tugas dan persekitaran umum.
B.  persekitaran sumber dan persekitaran ekonomi.
C.  persekiratan persaingan dan persekitaran tugas.
D.  persekitaran kerajaan dan persekitaran persaingan.
E.   persekitaran ekonomi dan persekitaran teknologi.





37.    Yang mana satu daripada yang berikut TIDAK menerangkan ancaman kemasukan pesaing baru kedalam industri?

A.  Halangan kemasukan ke dalam industri adalah rendah.
B.  Pendatang baru mempunyai keinginan untuk meningkatkan syer pasaran.
C.  Tindak balas daripada pesaing-pesaing sedia ada agak perlahan.
D.  Persaingan antara syarikat-syarikat yang sedia ada dalam industri sederhana.
E.   Pendatang baru membawa teknologi yang baru dan sumber yang banyak.

38.    Kelebihan bersaingan sesebuah syarikat tidak dapat bertahan lama jika kelebihan bersaing tersebut ______.

A.  boleh ditiru dengan mudah atau dengan pantas oleh syarikat lain.
B.  dilindungi oleh patent
C.  dilindungi oleh halangan-halangan peniruan yang signifikan
D.  tidak dikongsi dengan syarikat lain dalam industri tersebut
E.   dilindungi oleh hakcipta

39.    Kuasa umum yang boleh menghasilkan rekaan/invensi bagi menyelesaikan  masalah syarikat ialah __________.

A.  kuasa buruh
B.  kuasa teknologi
C.  kuasa politik-perundangan
D.  kuasa ekonomi
E.   kuasa sosial-budaya

40.    Apakah isu-isu persekitaran yang strategik yang dianggap mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk berlaku dan juga mempunyai keberangkalian yang tinggi memberi kesan kepada syarikat ?

A.  Senario.
B.  Kuasa industri.
C.  Isu-isu strategik.
D.  Kuasa teknologi.
E.   Faktor-faktor strategik luaran.


Bagi soalan 41 hingga 50, tulis jawapan anda bagi istilah-istilah yang telah dikosongkan pada gambarajah-gambarajah di bawah.







 41.    ____________________________


42.    ____________________________


43.    ____________________________


44.    ____________________________


45.    __________________________


46.    __________________________


47.    __________________________


48.    __________________________


49.    __________________________


50.    ___________________________

3 comments:

Anonymous said...

Wan Hasma binti Wan Kerma 194067

Anonymous said...

Tiong Lung Kuok 201441

nwa_deathrow said...

ahmad farhan 201420